Sunday, February 5, 2012

Kekecewaan Trip Lankayan

Tarikh : 04hb Feruari 2012
Masa : 7.50 pagi - 8.20 pagi (30 minit)
Tempat : Kg Tinusa / Berhala
(Lokasi Sasaran asal : Pulau Lankayan)
Peserta : 8 orang
Anggaran kos : RM235 seorang (zero kos sebab trip dibatalkan)


Trip kali ini sangat mencabar kerana terganggu oleh cuaca buruk, menepati ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Keadaan cuaca sekitar jam 7.35 pagi di kawasan jeti Yacht Club. Awan hitam tebal dan hujan.


 Geng joran, Mr. Yunus K

Sebahagian member Team Joran Sandakan yang turut serta dalam trip ini, Palmin, John dn Yunus.

 Member joran yang ada dalam trip ini..

Mr. Andrew, serius man, hehe...

Antara pemandangan bot di pesisir laut Kg. Tinusa, batu 7 yang sempat dirakam ketika sedang mendaki ombak setinggi 3.5 m...cukup mendebarkan dan ini adalah aksi bot yang keempat setelah mendaki ombak yang sama beberapa ketika yang lalu. Geng joran tidak senang duduk dibuatnya.



Boatman terpaksa mengambil keputusan berpatah balik ke pelabuhan apabila ombak semakin rapat mencapai ketinggian 3.5m...kelihatan ombak di belakang yang sekejap teduh sekejap bergelora...


Trip ke Lankayan kali ini terpaksa dibatalkan akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Sangat mengecewakan tetapi banyak memberi pengalaman baru kepada member joran khususnya yang pertama kali melihat bot mendaki ombak dengan alunan setinggi melebihi 3m....sungguh mendebarkan..

0 comments: