Sunday, May 27, 2012

GELOMBANG MERAH DI LAUT KRETAM

Tarikh : 26 & 27 Mei 2012 (Sabtu-Ahad)
Lokasi : Perairan Kretam, Laut Sulu
Peserta : 11 Orang (Palmin, Andrus, Jusmin, Maumin, Victor, Rinil, Kifly, Anderson, Tekong, Andimax, Alexzender)
Pengangkutan : Wan Transport, Batu Putih, Sandakan.
Kos : RM131 seorang (RM1441)

Trip ini dirancang lebih awal iaitu penghujung tahun 2011 yang lalu. Ahli joran sangat teruja meneruskan misi dan kali ini takat pilihan adalah perairan Kretam. Setiap sudut misi joran ini sebenarnya telah dikaji dengan teliti termasuk keadaan cuaca, keadaan bulan dan keadaan arus pasang surut. Bagaimana pun, penarikan diri saat-saat akhir sebilangan peserta hampir melumpuhkan semangat joran. Mujur otai-otai joran yang lain memahami keadaan ini seterusnya membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Apa pun, misi kali ini sangat berjaya dan hasil di luar jangkaan team joran. Terima kasih untuk geng joran yang menyertai misi ini dan selamat melayari  suasana team joran ini.

Antara peserta joran:
Palmin, Jusmin, Maumin, Andimax, Alex, Tekong

Kifly, Anderson
Rinil

Tentatif Program Trip Kretam

Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menunjukkan keadaan cuaca sangat sesuai di laut Kretam untuk misi joran.

Peredaran Fasa bulan, baik untuk melaksanakan aktiviti joran pada waktu malam.

Antara aksi joran yang sempat dirakam di takat kapal buruk, perairan Assam.

Aksi joran pada waktu malam.

Aksi tenggiri 4.66kg semalam tidak dapat dirakam menyebabkan tenggiri dirakam pada sebelah siang. Trip ini juga mencipta sejarah tersendiri dalam dairi joran admin TJS apabila dinobatkan sebagai 'Pejoran Pilihan' sang tenggiri.  Kejayaan ini akan diabadikan dalam kenangan dan di'frame'kan dalam lipatan sejarah 'Team Joran Sandakan'.

Tenggiri bersama geng joran.

Gelombang ikan merah sulit yang berjaya dinaikkan oleh team joran untuk trip ini.

Aksi joran di takat kapal buruk, Asam tidak menjadi pada hari kedua (Ahad) sebelum pulang.

Perjalanan pulang diambil kesempatan untuk merehatkan badan setelah hampir satu malam beraksi joran bersama penghuni laut Kretam.

Sesi bergambar bersama hasil yang berjaya didaratkan.

Ikan alu-alu, 2.67kg milik Victor.

Misi joran akhirnya berjaya dilaksanakan di laut Kretam...terimakasih team joran..


  • Maskot misi joran 'Keratang Mega VS Layaran' tidak menjadi kali ini.
  • Juara trip ini (gandingan 'triple strike' team, Jusmin, Maumin, Alex) membawa pulang hasil seberat 24.88kg.
  • Naib juara 19.16kg, disandang oleh 'Admin Team Joran Sandakan'-Palmin.
  • Berat purata hasil yang berjaya dinaikkan adalah 76kg.
  • Ikan merah sulit membantu menaikkan semula semangat joran.
  • 'Tenggiri Tunggak 12' tidak berjaya dilaksanakan tetapi hanya mendapat hadiah sagu hati untuk ole-ole team joran.
  • Akan beraksi joran lagi di laut ini mengikut masa dan ketika yang sesuai berdasarkan cadangan serang kapal.
  • Semoga jumpa lagi pada trip Kretam yang akan datang....
  • Salam strikkkkkkeeeee !! yeeeehhhhaaaaaaaaa....!!!